Challenge | Karangan BM

I’ve been challenged by my assistant to write my post in full Malay. Saya cakap okla saya cuba try. Eh saya cuba. Takde try.

Saya rasa ragu-ragu boleh ke saya menulis satu karangan LinkedIn dengan bahasa melayu sepenuhnya. Saya belajar dan tinggal di luar negara selama 27 tahun, itulah sebabnya tak berapa pandai sangat nak menulis guna bahasa melayu. Tapi kerana dah dicabar, terpaksalah menyahut cabaran ini.

Sebenarnya cabaran ini tak seteruk mana pun. Sebelum ni macam-macam cabaran lain dah dihadapi. Semasa belajar di universiti dulu, cabaran paling besar masa tu macam mana nak lulus peperiksaan akhir bahagian perubatan. Banyak betul subjek-subjek yang saya perlu ulangkaji. Kena menghafal nama-nama urat saraf, formula-formula kimia dan macam-macam benda lain lagi. Tepu dah otak kepala saya masa tu. Saya ingat lagi beberapa bulan sebelum peperiksaan akhir saya telefon arwah mak saya untuk memberitahu dia yang saya nak berhenti belajar kerana dah tak larat nak belajar. Nasib baik arwah mak saya berjaya memujuk saya supaya terus belajar. Kalau tak sia-sia je dah 4 tahun lebih belajar nak jadi doktor.

Cabaran seterusnya ialah bila dah mula bekerja sebagai doktor. Kerjanya memang la teruk masyallah. Tak tahu la macam mana nak cerita. Masa belajar kat universiti, tak ada orang bagi tahu pun yang kerja doktor ni teruk! Berlari kesana-sini, makan tak sempat dan tidur memang la tak cukup. Paling teruk saya pernah kena, saya kerja selama 48jam dihujung minggu dan dalam masa 48jam tu dapat tidur 2-3 jam je. Memang pening kepala terhoyong-hayang masa tu. Jadi doktor ni kena betul-betul kuatkan semangat and banyak bersabar. Kalau tak, lebih baik belajar bidang lain.

Jadi dalam hidup kita memang macam-macam cabaran yang akan kita hadapi. Paling penting mesti percaya kepada keupayaan diri sendiri. Kita semua ada kekuatan masing-masing dan insyallah bila kita betul-betul menumpukan pemerhatian kita macam mana nak menyelesaikan masalah-masalah kita, kita akan berjaya.

Selalunya saya boleh menulis satu karangan LinkedIn dalam masa 15-20 minit je. Kali ni lama sikit pasal kena semak dengan google terjemahan. Tak pe lama sikit asalkan berjaya jugak tulis dalam bahasa melayu.

Leave a comment

COMPANY

Doktor-Az-HRW-01

Azhar Ahmad Academy
SSM Reg. Number: NS0275529-T

TRAINING GROUND

Iconik Co-Working Space
Block B, Unit 8, Level 3A,
Icon City, Jalan SS 8/39,
47300 PJ, Selangor.